Posts

CINTA JALUR LANGIT (Tiada yang sempurna, yang ada cuma sama-sama saling menyempurnakan kerana Allah SWT)

 Assalamualaikum....Hi.... Wow3.....admin tulis isu panas๐Ÿ˜ Ada pengalaman ke tu๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† Hehe....rahsia kan๐Ÿ˜ถ Ok jom jump into topic.... Bismillahirahmanirrahim.... Sesampainya usia matang anak-anak Adam dan Hawa, mesti akan timbul rasa cepat atau lambat. Namun, Kaedah apa yang menjadi pilihan untuk menggapai hasrat tersebut??? tepuk dada tanya diri masing-masing ye... Di era sekarang ni ada yang memilih  jalan  'couple '. Couple tu haram ye anak-anak (teguran untuk saya juga). Dah la couple, pastu tanpa segan silu mengumbar di media sosial. Hati-hati ye kawan, hati-hati. Sedangkan tunang pun tak perlu diheboh-hebohkan sangat sebab macam-macam boleh jadi. Tunang bukan pengikat akhir jodoh kita tu dia, namun masing2 kena faham status masing2, jadikan perkahwinan sebagai ibadah bukan main kayu tiga pulak ye....ha babab karang. Kita ada jalan yang dipanggil ta 'aruf, istikharah dll ye yang mana lebih hampir dengan urusan jalur langit.  Kalau admin nak terangkan pun, admin...

Pengajaran Isu Palestin | Part 2

Bismillahirahmanirrahim.... Ok, untuk entri kali ini bagi saya adalah bersifat individu. Maksudnya adalah iktibar yang boleh kita pelajari daripada suasana pergelutan di Palestin. Poin yang pertama : Beza cara hidup. Pernah terfikir tak, sudah sekian lama isu Palestin ini berlaku bahkan sampai memakan tahun isu ini tidak selesai. Mengapa??? Pernah bayangkan tak macam mana diorang ada mindset untuk pertahankan Negara serta masjid Al-Aqsa. Agak-agak kalau kita la kan, kau dah tau pihak zionis takkan berhenti sampailah Al-Aqsa jatuh ketangan mereka. Agak-agak kalau kita lahirkan anak-anak di sana bagaimana pemikiran kita di sana. Dengan suasana yang dhaif, masa depan anak-anak yang seolah-olah gelap kerana kematian boleh berlaku dimana-mana sahaja. Bayangkan kalau rakyat Palestin berfikiran seperti ini, sudah pasti Negara Palestin sudah tertakluk dan populasi rakyatnya semakin berkurang.  Namun, bagaimana tahap semangat untuk pertahankan negara dan agama serta tahap kebergantungan dan...

Pengajaran Isu Geno**d Palestin | Part 1

Bismillahirahmanirahim..... Pertama sekali ini sekadar pandangan peribadi, buang yang keruh, ambil yang jernih. Sudah berpuluh tahun isu ini berlarutan tapi adakah dunia melihat. Sedangkan banyak negara-negara sudah pun merdeka seiring dengan waktu. Setelah sekian lama kita lihat peta Negara Palestin semakin mengecil. Media dan propaganda yang berbeza secara tidak langsung memecahkan masyarakat dunia sehingga tiada sama sekali kata penyelesaian dan keamanan tercapai. Keadaan memburuk sehinggakan persatuan bertahap dunia sekalipun tidak mampu memberi kata putus tentang kemelut dari tahun demi tahun. Adakah keadilan itu terlalu gelap untuk dilihat biarpun di atas dasar kata kemanusiaan sekalipun. Adakah terdapat tali barut daripada sesetengah pihak yang memonopoli dunia, tersangatlah mungkin. Ini lahir daripada sifat tamak dan rakus dalam diri manusia serta keinginan untuk menguasai dunia dan mengekalkannya walau dengan cara apa sekalipun. Ia bukan lagi tentang isu agama bahkan pada taha...

KENAPA PERLU BERSYUKUR DAN 'FEEL CONTENTED' DALAM MENJALANI HIDUP

 Assalamualaikum dan salam sejahtera๐Ÿ˜ Hai daripada saya si admin blog bersawang๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† Dalam kita berhempas pulas melalui onak duri hidup ini amatlah penting untuk kita belajar untuk 'menarik' seketika nafas supaya kita tidak tergelincir kepada perkara negatif. Sebagai contohnya, overthinking dengan masa hadapan. Kadang kala dalam mengejar sesuatu pencapaian kita seringkali meletakkan kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat, bamm tiba-tiba tanpa kita sedar kita dah 'exhausted' sebab terbandingkan diri dengan orang lain sehingga wujud satu perbandingan yang menarik kita secara negatif. Apa yang pasti setiap daripada kita ada potensi dan tujuan tersendiri untuk memberi impak positif pada sekeliling kita. Oleh itu, sangat lah penting untuk kita selalu 'mensyukuri' apa yang kita miliki sekarang dan sentiasa belajar untuk menikmati setiap liku dan proses di dalam kita berusaha mencapai sesebuah matlamat. Ini kerana, setiap fasa naik turun kita tidak sama. Jadi am...

HAKIKAT SEORANG MANUSIA ITU ADALAH SEBATAS HAMBA ILAHI

Assalamualikum, setelah sekian lama tak update... Baiklah, entry untuk kali ini adalah khusus untuk kita In Shaa Allah lebih  ' mengenali '  diri sendiri. Entry kali ini sekadar pandangan saya semata dan pasti banyak kekurangan. Maka sama-sama perbetulkan yang silap. Kadang-kadang kan, kita selalu lupa untuk libatkan Allah SWT dalam membuat sebuah keputusan dalam kehidupan kita, baik dalam perkara kecil atau besar. So, admin apa kaitannya ye??? Tanpa kita sedari, bila kita rasa kita macam dah buat keputusan yang paling terbaik tapi end up tak berjalan dengan baik mulalah kita salahkan keadaan, merungut, resah dan lain2.  Kemudian, bila terhantuk barulah mencari-cari Allah SWT (yang sedihnya itupun kalau ingat). Sepatutnya, kita sebagai seorang HAMBA itu perlulah sedaya upaya kita untuk membabitkan Allah SWT dalam kehidupan sehari-hari. Ini kerana apa yang berlaku sangatlah berkait rapat dengan takdir qada ' dan qadar Allah SWT untuk kehidupan kita. Sebagai seorang HAMBA a...

MANUSIA (JALUR SI ADAM DAN HAWA)

 Assalamualikum, hai korang.....admin lama x post kan.... Sebelum itu, awok2 sekalian jangan salah sangka dengan tajuk ye....tajuk ni sebenarnya nak maksudkan manusia ini adalah hamba Allah SWT yang terdiri daripada 'lelaki' dan 'wanita'.     Jadi nya baik lelaki mahupun perempuan kedua-duanya adalah sama-sama hamba kepada Allah SWT. Jadi hamba yang terbaik itu adalah hamba yang paling beriman bertaqwa dan paling baik tingkah amalnya..... Isunya adalah wujud ke kesamarataan antara lelaki dan wanita. Apa sebenarnya yang masyarakat faham mengenai kesamarataan itu..... So, bagi pendapat admin yang dhaif ini, kita sebagai seorang beriman kita kena balik semula kepada apa yang Islam ajar kepada kita bukan semata-mata melalui akal fikiran atau fahaman semasa masayarakat semasa. Lelaki dan wanita, masing2 ada tanggungjawab dan amanah yang perlu dipegang besungguh-sungguh. Sama juga sama-sama lelaki dan perempuan ada batas secara syarak yang perlu di jaga. Sama-sama perlu salin...

Jom menabung !!!

Image
๐Ÿ˜‰  Assalamualaikum guys, Lama tak update blog ni.......๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ So untuk intro kali ini, admin nak kongsi tips sikit kalau nak menabung versi basic ye guys Just basic..... Hah.....inilah hasil admin menyimpan dari awal bulan 1 tahun 2021....kalau ikutkan nak cukupkan setahun....tapi tu lah....memang niat simpan sebab nak pakai, so agaknya dah sampai kot masanya In Shaa Allah... Bagi yang hilang pekerjaan atau yang masih mencari, admin x de niat nak guris korang tau Admin pun sebenarnya terkesan gak dengan covid-19 ni, cuma alhamdulillah ade rezeki tahun 2021 ni.... Kalau ikutkan plan nak menyimpan ni dari tahun 2020 lagi, kalau korang perasan admin memang ade tukar2 kerja, so tu antara target tahun 2020 lah kiranya....  Admin masuk kerja bulan februari tahun 2020 tu, pastu kedai kena tutup bulan tiga tu jugak.....sampailah akhirnya kedai pun gulung tikar(tapi dengar cerita dah buka balik sejak sekian agak lama tutup)....admin ade la dapat asing RM 500 bulan 4 kalau x silap tapi...