Pengajaran Isu Palestin | Part 2
Bismillahirahmanirrahim....
Ok, untuk entri kali ini bagi saya adalah bersifat individu. Maksudnya adalah iktibar yang boleh kita pelajari daripada suasana pergelutan di Palestin.
Poin yang pertama : Beza cara hidup.
Pernah terfikir tak, sudah sekian lama isu Palestin ini berlaku bahkan sampai memakan tahun isu ini tidak selesai. Mengapa???
Pernah bayangkan tak macam mana diorang ada mindset untuk pertahankan Negara serta masjid Al-Aqsa. Agak-agak kalau kita la kan, kau dah tau pihak zionis takkan berhenti sampailah Al-Aqsa jatuh ketangan mereka. Agak-agak kalau kita lahirkan anak-anak di sana bagaimana pemikiran kita di sana. Dengan suasana yang dhaif, masa depan anak-anak yang seolah-olah gelap kerana kematian boleh berlaku dimana-mana sahaja. Bayangkan kalau rakyat Palestin berfikiran seperti ini, sudah pasti Negara Palestin sudah tertakluk dan populasi rakyatnya semakin berkurang.
Namun, bagaimana tahap semangat untuk pertahankan negara dan agama serta tahap kebergantungan dan ketakwaan rakyat Palestin....Subhanallah.....saya sendiri mengaku mungkin saya sendiri akan rasa down....namun begitulah beza mindset kita, ekonomi negara kita sangat jauh beza dengan negara mereka, namun bagaimana populasi kita semakin berkurang......betul kena fikir masa depan tapi dimana silapnya.....
Poin yang kedua : Semangat mereka melalui jalan jihad
Sudah terang lagi bersuluh, jauh beza tahap fasiliti ketenteraan dan bahkan perbezaan dana. Ianya tidak mematahkan semangat rakyat Palestin khususnya yang beragama Islam. Ini juga boleh menjadikan bukti bahawa bukan seberapa kuat fasiliti yang ada yang menjamin kemenangan semata bahkan semangat jihad yang tinggi tidak pun pihak zionis mendapat kemenangan dengan mudah. Belum lagi dari generasi ke generasi daya tahan mental psikologi mereka memilih untuk tidak lari dari masalah sebaliknya memilih untuk bertahan.
Sebagai kesimpulan, banyak lagi pengajaran yang boleh kita ambil iktibar daripada isu Palestin ini untuk kita sama-sama muhasabah diri dan berusaha menambah baik diri kita dari semasa ke semasa.
Wallahu'alam......
Comments
Post a Comment