CINTA JALUR LANGIT (Tiada yang sempurna, yang ada cuma sama-sama saling menyempurnakan kerana Allah SWT)
Assalamualaikum....Hi....
Wow3.....admin tulis isu panas😏
Ada pengalaman ke tu😆😆😆
Hehe....rahsia kan😶
Ok jom jump into topic....
Bismillahirahmanirrahim....
Sesampainya usia matang anak-anak Adam dan Hawa, mesti akan timbul rasa cepat atau lambat.
Namun,
Kaedah apa yang menjadi pilihan untuk menggapai hasrat tersebut??? tepuk dada tanya diri masing-masing ye...
Di era sekarang ni ada yang memilih jalan 'couple'. Couple tu haram ye anak-anak (teguran untuk saya juga). Dah la couple, pastu tanpa segan silu mengumbar di media sosial. Hati-hati ye kawan, hati-hati. Sedangkan tunang pun tak perlu diheboh-hebohkan sangat sebab macam-macam boleh jadi. Tunang bukan pengikat akhir jodoh kita tu dia, namun masing2 kena faham status masing2, jadikan perkahwinan sebagai ibadah bukan main kayu tiga pulak ye....ha babab karang.
Kita ada jalan yang dipanggil ta'aruf, istikharah dll ye yang mana lebih hampir dengan urusan jalur langit.
Kalau admin nak terangkan pun, admin tak pandai sangat dan masih belajar. Banyak buku, catatan online, kursus kawin dan banyak lagi sumber yang admin sarankan korang jugak untuk belajar dan ambil tahu.
Ingat ye,kita hidup ada cara hidup,usahakan dan doa supaya kita hidup sesuai syariat Islam sehabis mungkin(sama2 la kita). Ingatlah nikah itu ibadat terpanjang, persiapkan diri dengan materi dan ilmunya ya. Tengok pada ganjaran umum la iaitu setengah iman kot, kawin ni.
Ok lah, takut lari topik pulak.
Intinya, banyakkan hadirkan Allah SWT ketika berdoa meminta jodoh. Dan ingat walaupun betul kita dicipta secara perpasang-pasangan, tak semua yang jumpa jodoh kat dunia, ada pulak kes yang bertemu dengan jodoh kain kafan (Allahu). Oleh itu, ingatlah tujuan asal kenapa kita dicipta. Lakukan segala ikhtiar baik dalam mencari jodoh pun ibadah tau.
Selamat berjuang, para-para jomblo sekalian....
Minta maaf kalau ada yang kurang dari pihak admin untuk entri kali ni.....bye😁💝
Comments
Post a Comment