Mencari Sandaran Hakiki Menelusuri Hidup Ini

Bismillahirahmanirrahim...

Hmmm....mesti seronok kan kalau ada tempat kita nak bersandar kan???

Jadi kita tak perlu rasa risau, rasa tenang je sebab kita sandar pada tempat yang betul.

Kenapa ye kita rasa senang bila ada tempat untuk bersandar ek???

Bagi admin, walau teguh mana pun diri kita, pasti kita ada masa kita rasa jatuh rasa kurang je kan. Sebab memang dah sifat manusia suka berharap atau hendak mempunyai sandaran.

Tapi admin, kenapa ye nak cerita pasal bab ni pulak ye???

                   Takde apa pun sebenarnya, tapi bagi admin kita perlu pastikan betul tak pada dasar hati kita,
                   kepada siapa kita sandarkan.

Terus kepada poin, sandarkanlah diri kita kepada Allah S.W.T sepenuhnya(admin pun In Shaa Allah cuba ). Sebab Dia yang Maha Sempurna dan lebih berhak untuk kita sandarkan diri kita.

Sama-sama kita balik pada Islam, teruskanlah untuk menelusuri kepentingannya bukan setakat untuk kehidupan akhirat bahkan kehidupan kita di dunia ini. Siapa pun kita, sentiasa amati setiap perkara dalam hidup kita baik yang susah mahupun yang senang. Jangan pula nanti kita kecewa bila berharap kepada sesuatu selain-Nya. Kalau tersedar baguslah tapi kalau tak tu yang risau boleh memudaratkan kita sebab kurangnya kefahaman dan keteguhan iman dalam diri kita. 

Oleh itu, sama-sama kita perbetulkan diri kita dan terus tambahbaikkan iman kita lagi dan lagi. Tak salah untuk saling mempercayai antara kawan-kawan kita, suami isteri, tetangga dan lain-lain tapi jangan lupa untuk letak mereka atas dasar ketaqwaan kepada Allah S.W.T. sebagai hak sesama makhluk dan insan. Jangan biarkan kehilangan orang yang kita selalu harapkan membuatkan kita sedih. Dunia ini pinjaman tapi yang pasti jika kita benar mengamalkan agama sebaiknya, hidup kita dia akhirat sedang menanti. Persediaan kita di dunia amat penting untuk hidup kita yang kekal abadi disana. Nikmati apa yang diperoleh dengan besar hati dan penuh keimanan.

Buka mata hati seluas-luasnya untuk fahami setiap hikmah di sebalik segala perkara yang berlaku dan tetaplah senantiasa bersangka baik pada Ilahi(admin pun cuba gak, jom sama-sama In Shaa Allah).


Ok, sehingga berjumpa lagi

Assalamualaikum, cau lu ye.....xD

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bekerja di KFC Lebih Kurang 4 Bulan

MANUSIA (JALUR SI ADAM DAN HAWA)

Harapan