HAKIKAT SEORANG MANUSIA ITU ADALAH SEBATAS HAMBA ILAHI
Assalamualikum, setelah sekian lama tak update...
Baiklah, entry untuk kali ini adalah khusus untuk kita In Shaa Allah lebih 'mengenali' diri sendiri.
Entry kali ini sekadar pandangan saya semata dan pasti banyak kekurangan. Maka sama-sama perbetulkan yang silap.
Kadang-kadang kan, kita selalu lupa untuk libatkan Allah SWT dalam membuat sebuah keputusan dalam kehidupan kita, baik dalam perkara kecil atau besar.
So, admin apa kaitannya ye???
Tanpa kita sedari, bila kita rasa kita macam dah buat keputusan yang paling terbaik tapi end up tak berjalan dengan baik mulalah kita salahkan keadaan, merungut, resah dan lain2.
Kemudian, bila terhantuk barulah mencari-cari Allah SWT (yang sedihnya itupun kalau ingat).
Sepatutnya, kita sebagai seorang HAMBA itu perlulah sedaya upaya kita untuk membabitkan Allah SWT dalam kehidupan sehari-hari.
Ini kerana apa yang berlaku sangatlah berkait rapat dengan takdir qada' dan qadar Allah SWT untuk kehidupan kita. Sebagai seorang HAMBA apa je hak kita untuk membantah, mempersoalkannya. So, pilihannya jadilah hamba yang taat(sebaik mungkin).
Biarpun kita ni hanya sebatas HAMBA, Allah SWT x pernah larang kita untuk 'meminta' apa sahaja yang memang baik dan rasa terbaik untuk kita. Tetap Allah SWT yang paling sayang pada setiap hamba-hamba dan ingin yang terbaik kita. Ingatlah, hidup kita di dunia ni sementara sahaja, kehidupan akhirat lebih lama dan kekal abadi. So, risaulah lebih pada waktu kehidupan itu.
Pelajari maksud sebenar HAMBA daripada para alim ulama. Kemudian, berjalanlah di dunia sebaik mungkin.
Sekian sahaja untuk entry kali ini😊
Semoga sama-sama saling mendoakan untuk ada kekuatan untuk amalkannya.
Apa-apa boleh dikomen di ruang yang disediakan.
Comments
Post a Comment