Pengajaran Isu Geno**d Palestin | Part 1

Bismillahirahmanirahim.....

Pertama sekali ini sekadar pandangan peribadi, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Sudah berpuluh tahun isu ini berlarutan tapi adakah dunia melihat.

Sedangkan banyak negara-negara sudah pun merdeka seiring dengan waktu. Setelah sekian lama kita lihat peta Negara Palestin semakin mengecil. Media dan propaganda yang berbeza secara tidak langsung memecahkan masyarakat dunia sehingga tiada sama sekali kata penyelesaian dan keamanan tercapai.

Keadaan memburuk sehinggakan persatuan bertahap dunia sekalipun tidak mampu memberi kata putus tentang kemelut dari tahun demi tahun. Adakah keadilan itu terlalu gelap untuk dilihat biarpun di atas dasar kata kemanusiaan sekalipun. Adakah terdapat tali barut daripada sesetengah pihak yang memonopoli dunia, tersangatlah mungkin.

Ini lahir daripada sifat tamak dan rakus dalam diri manusia serta keinginan untuk menguasai dunia dan mengekalkannya walau dengan cara apa sekalipun.

Ia bukan lagi tentang isu agama bahkan pada tahap perikemanusiaan. 

Pada akhirnya tetaplah dunia ini memang dalam proses menuju kerosakan dan kebinasaan..........umat Islam khususnya perlu sedar akan keadaan semasa saudara-saudara seagama kita.

Jom muhasabah diri......Mana hati, mana Iman yang dikatakan Umat islam itu seumpama satu tubuh badan yang dimana sekiranya mana-mana anggota yang kesakitan, seluruh badan akan rasa kesannya. 

Adakah sebab ianya tak berlaku depan mata kita atau mungkin pada ahli keluarga kita, membuatkan kita mengabaikannya.

Ayuh sekurang-kurangnya, sama-sama kita menadah tangan berdoa menyandarkan semua pada Ilahi tanda kita peduli. Belum ditambah isu boikot, perhimpunan kecaman dan lain-lain. Tanya hati adakah kita betul-betul peduli sama saudara se-Islam kita seperti yang dianjurkan dalam ajaran Rasulullah SAW.

Pesanan akhir:

1. Kalau tak mampu buat semua,jangan tinggal semua.

2. Sama-sama muhasabah tahap keimanan masing-masing.

3. Ayuh bangun dari tidur bahawa dunia itu cuma tempat persinggahan dan dunia tipu-
    tipu. Perbaiki iman dan amal serta saling mendoakan kebaikan sesama.

4. Berdoalah, kerana doa merupakan senjata Umat Islam.

5. Mulakan dengan apa-apa langkah kecil mengikut kapasiti kita kerana Allah SWT
    takkan mengubah nasib sesebuah kaum, sebelum mereka mengubahnya terlebih
    dahulu.

Ini bukanlah mesej berbaur rusuhan atau doktrin jahat melainkan semata-mata sebagai pembuka mata untuk kearah yang lebih baik.

Ma'assalamah.......betulkan saya jika saya salah.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bekerja di KFC Lebih Kurang 4 Bulan

MANUSIA (JALUR SI ADAM DAN HAWA)

Harapan