KENAPA PERLU BERSYUKUR DAN 'FEEL CONTENTED' DALAM MENJALANI HIDUP
Assalamualaikum dan salam sejahtera😁
Hai daripada saya si admin blog bersawang😆😆
Dalam kita berhempas pulas melalui onak duri hidup ini amatlah penting untuk kita belajar untuk 'menarik' seketika nafas supaya kita tidak tergelincir kepada perkara negatif. Sebagai contohnya, overthinking dengan masa hadapan.
Kadang kala dalam mengejar sesuatu pencapaian kita seringkali meletakkan kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat, bamm tiba-tiba tanpa kita sedar kita dah 'exhausted' sebab terbandingkan diri dengan orang lain sehingga wujud satu perbandingan yang menarik kita secara negatif.
Apa yang pasti setiap daripada kita ada potensi dan tujuan tersendiri untuk memberi impak positif pada sekeliling kita. Oleh itu, sangat lah penting untuk kita selalu 'mensyukuri' apa yang kita miliki sekarang dan sentiasa belajar untuk menikmati setiap liku dan proses di dalam kita berusaha mencapai sesebuah matlamat.
Ini kerana, setiap fasa naik turun kita tidak sama. Jadi amatlah penting untuk kita mengekalkan fikiran yang positif disamping berusaha.
Di samping itu, kita dapat mengenal pasti atau menilai kembali kaedah sepanjang kita berhempas pulas untuk kita menambah baik di masa akan datang.
Jangan kita terlalu mengejar sesuatu sehingga lupa menikmati atau memaknai sesebuah proses.
Sekian daripada saya untuk entry pendek kali ini.....bubye....
Apapun semangat berusaha mengejar cita-cita dunia dan akhiratmu.
Comments
Post a Comment