Pentingnya Maksud Sebuah Keluarga
Assalamualaikum guys...... Hai
Lama tak update en.....
Ok kat sini admin nak cerita sikit pendapat admin tentang sesebuah institusi kekeluargaan.
Hmmm.....korang rasa admin nak share apa ye?????? 🙃🙃🙃🤭
Ok ceritanya mcm ni......
Lepas je 2 mempelai sudah sah perkahwinan....maka wujudlah sebuah keluarga baru....
Ini pendapat admin la kan....
(lagi2 masa sekarang, akhir zaman kan...)
Keluarga itu umpama sebuah negara..... Pentingnya untuk di atur dengan baik.
Sebab apa admin kata macam tu???? 🤔🤔
Sebabnya, kalau betul lah pentadbiran sesebuah keluarga terutamanya dengan penerapan agama, akhlak dan nilai murni, maka akan lahirlah generasi2 baru yg baik. Seterusnya, dapat sebarkan kebaikan demi kebaikan sejagat.
Ok....isu sekarang ni yg admin perhati mungkin firasat saja tapi....
Apa beza erti perkahwinan org Islam dengan org yg bukan Islam secara umum??...
Kalau kita perasan, mungkin sesetengah pasangan yg bukan Islam yg dah berkahwin, rasa2 ada tak di antara mana2 pihak, yg berkemungkinan berlaku curang....
Hmm..
Admin rasa ada sebab bagi mereka, perkahwinan itu satu majlis besar meraikan Kedua-dua pasangan. Sedangkan dalam Islam, perkahwinan itu suatu benda yg berat, yg akan dipertanggungkawabkan...
Lagi2 org bukan Islam kan yg sekarang ni lagi lah....pergaulan bebas sangat2.....
Kita bina keluarga, bukan setakat, ada anak, pastu mati....bukan ye bukan, tapi itulah tanggungjawab kita yg sememangnya perlu dititikberatkan, dan tidak ambil mudah.
Betul ke tak rasa?
Sekarang ni, bagi admin, penerapan nilai murni, agama dan akhlak sangatlah penting utk anak2 sebagai generasi pengganti kita suatu hari nanti dan juga supaya tidak hilang jati diri terutamanya sebagai seorang Islam.
Ok admin nak tanya..... Kita org Malaysia, bila ditanya, kita sayang tak Malaysia, bangga tak dengan negara kita??
Jawapannya mestilah sayang, bahkan merasa bersyukur dan bangga sekali...
Begitulah inti makna sesebuah institusi keluargaan.
Admin???
Ye saya? Ada apa?
Jadi apa kesimpulannya ye admin??
Ok sebab dah cerita panjang lebar ni....
Point nya ialah :
1. Saling didik mendidik antara satu sama lain.
2.Terapkan kasih sayang dan makna sesebuah kasih sayang yg betul.
3. Keluarga itu tanggungjawab, maka berusahalah sehabis baik utk mentadbirnya.
4.Fahami makna keluarga yg sesungguhnya, jaga kehormatan, pandangan(mata), lagi2 bila dah berkeluarga, bezakan erti perkahwinan/keluarga dengan org bukan Islam, selami makna sebenar, sehabis baik.
5. Moga kekal bersama dengan tauhid yg satu, hingga ke syurga.....
Aamin..... Moga bermanfaat...
Maaf jika salah.... Tau
Tegur/komen sbb ini pandangan admin saja
Terima kasih....
P/s : Jangan terlalu sibuk bekerja sampai lupa nilai kasih sayang sesama keluarga.
Comments
Post a Comment