HIJRAH DIRI KE ARAH LEBIH BAIK

Bismillahirahmanirrahim….

Hai…dah lama tak update blog en….

Ok untuk entry kali ni admin nak kongsi pandangan tentang  tips ‘HIJRAH’ dan situasi-situasi yang mungkin akan berlaku baik daripada faktor luar an atau dalaman.

Ehh…..

Jom Kita….

1.     1.  Niat

Ha..rasa2 apa ye sebab nak hijrah ni???emmm…mesti banyak yang terlintas difikiran korang en…tapi apapun niat ialah perkara yang utama, bermulanya sesuatu amalan adalah dengan niat. Apapun sebab kita nak berubah, cubalah untuk selit nawaitu semata-mata kerana Allah SWT, Dia yang Maha Esa, moga dengan niat yang betul, Allah akan bantu kita untuk hadapi apapun walaupun mungkin ade yang berat. Tapi Allah kan ada….apapun yang Dia bagi dan kita yakin pada-Nya sepenuhnya, pasti akan membuahkan hikmah yang baik.

2.       2. Gunakan sumber yang betul.

Nak mula beramal, usahakan juga tambah ilmu tentang apa2 amalan baik itu lagi2 yang wajib.

 

Eh…admin nih…ye ke…

Iye…nak berubah tak, jom sambung baca lagi nukilan si admin ni….

3.       3. Kenalpasti siapa lingkunganmu.

Tak kisah lah siapa, yang penting dia jenis support kita. Baik keluarga ke, kawan ke, ok je…

Habis tu kalau contoh kita ada kawan 2x5 je ngan kita, acano, bukan nakkan kebaikan kena cari kawan2 yang baik, tinggalkan yang kurang elok ke, lepastu kalau kawan baik kita tu bff kita sanggup ke saya….

Ok first,

Dia ada tak kualiti yang admin sebutkan iaitu supportive, kalau ada teruskan je, asal dia selesa dengan kita, pastu buat la baik ngan kawan tu, rasa2 boleh ajak dia skali, doakan untuk dia supaya jadi kawan dunia akhirat kita….In Shaa Allah…..

Ok kalau macam tu admin, kalau kawan kita jenis gila2 yang mungkin akan tergelincirkan kita acano??

Entahlah, admin nak sebut pun serba salah, kalau rasa kuat, kurang2 kanlah dengan diorang, tak pun, jangan ikut sangat aktiviti tu, belajar2 tahan nafsu, moga Allah bantu dan lindungi kita..

In Shaa Allah, apabila kita niat nak baik, yang buruk akan pergi dan yang baik akan datang…yakin je..

Abistu admin kalau jadi alone acano, saya tak alone forever…

 

Cop3… yakinlah engkau ada Allah, dan percayalah engkau memang bukan berseorangan.

Kalau keluarga kita jenis2 macam tu, cuba sebaik mungkin, tolak ansur ke, yang penting ade org support.biasa la nak berubah bukan senang kot lagi zaman kita, hati kena usaha kental, cuba tengok dunia ko, bleh je survive, mesti bab2 rohani boleh tu, In shaa Allah, Aamin.

 

4.     4.  Sentiasa perbaiki diri.

Kita ni hamba, nak sempurna,Allah je boleh bagi. Tapi setiap apa yang Allah tentukan itu ada hikmah. Takpe tau susah sekarang, In Shaa Allah dekat2 nak mati nanti Allah tolong punye, memang kehidupan akhirat itu lebih baik jika kau mengetahui….Aaamiin…

Kalau kau lelaki, belajar apa tuntutan seorang  laki, begitu juga kalau yang perempuan. Aurat ke ape ke, tudung labuh ke, handsock ke aurat lutut ke, cuba ambik kira semua tu, kalau boleh niat je nak berubah total 360 darjah, In Shaa Allah nanti Dia akan sampaikan dengan jalan special dari Dia.

5.       5. Mula dengan utamakan yang wajib.

Kukuhkan, yang wajib umpama dahan pokok, kasi cukup. Rukun Islam ke contohnya.

6.     6.   Jangan paksa kalau rasa tak boleh atau belum boleh.

Ye ke admin nih….hishh….

Maksud admin, apapun ibadat kita cuba istiqamah, biar bila kita buat amal, menjadi pemangkin untuk kita ada asbab untuk tambah amal lagi, pastu istiqamah lagi..aaa…cantu lah k

7.       7. Baca Al-Quran, lagi2 kalau boleh tafsir sekali.

Kenapa admin jadikan poin, haaa…..Al-Quran nilah petunjuk, petunjuk hidup kita ni.In Shaa Allah teranglah  jalan tu..aamiin…niat baca tafsir moga Allah bagi kita faham, tapi hati2 jangan tiba2 jadi mufti, niat je utk kita first, nak faham agama dengan izin-Nya…Kalam Allah, bicaralah dengan kalam-Nya, pastu kalau rasa nak explore lagi carilah sumber yang boleh dipercayai…ingat kata admin, biar sedikit, janji istiqamah, biar kalau nak ajak orang sama2 masuksyurga ingat diri sendiri skalinanti kena hisab sendiri2 dengan Allah depan2.

8.       8. Zaman fitnah ni jaga2.

Elak lah apa yang rasa2 boleh gugat kita, pernah kan dengar cerita pemuda Al-Kahfi, kalau belum nanti search je , pastu baca dan fahamkan elok2,moga Allah bagi faham kita…aamiin…

 

9.       9. Sentiasa balik kepada Allah SWT.

Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. Seburuk apapun kita, kalau kita benar, Allah maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Penyantun. Sahabat pun dimuliakan siapa pun dia masa zaman jahiliah. Pastu dapat redha Allah pulak tu…amacam best tak best….contohi mereka…..In Shaa Allah.Pernah dengar taubatnya pembunuh 100 orang atau si pelacur yang bagi minum anjing. Pasti ada banyak kisah2 yang macam tu dalam pengetahuan-Nya. So hang yakin saja lah, Dia tu Maha Baik.

10.   10. Doakan  orang lain, doa yang baik2

Kan kalau kita diaorang  tanpa orang tu tahu, doa tu makbul?? Kan…pastu kita pun akan dapat apayang kita doakan orang tu, doalah apa2 bagi hidayah ke, bagi orang kaya ke boleh infak, moga2 kita dapat bahagian2 nya di dunia dan di akhirat kelak.

 

Hei kamu yang hatinya baik, sebab Allah campakkan rasa insaf tu…jom lahh…

Nanti dah dapat istiqamah berendah diri lah, sombong hapus amalan kita…tak nak kan…mesti tak nak,  admin pun tak nak…sama…

 

Moga2 Allah terima kita tau, doakan admin jugak ye…moga2 dapat mati husnul khatimah, pastu dapat nikmat rasa halawatul iman(manisnya iman) nanti

 

p/s: kalau ade orang tegur cara kasar, kecam itu ini,sabar je lah sayang(eceewahh)Bukan ko sorang kena, ramai lagi..selamat datang ke reality ujian akhir zaman yang mana kita dipilih hidup dalamNya yang mana juga Allah Maha tahu kita boleh lalui…In Shaa Allah…aamiin

Klau  ada rasa tak kuat, Allah ade,ingat Allah tengok amalan kita dan hati kita, bermula dengan itu majulah selangkah demi selangkah…never give up uoollss…

 Untuk yang perempuan khususnya.....(hihi jangan marah tau, admin sayang saja, tak nak ke?)perempuan ada hadis mengenai fitnah wanita dan hadis pasal bilangan ke neraka yang banyak. So sentiasalah berhati-hati, In Shaa Allah admin pun nakmasuk syurga, admin pun budak ashe2 gak, kita doa sama2 ya, baik laki atau perempuan..lelaki pun jangan lupa, tanggungjawab kita pun besar gak...

Admin ade dengar yang perempuan kalau nak masuk syurga senang je berbanding lelaki, nanti try korang search pastu ikut je....In Shaa Allah, itu kelebihan untuk kaum hawa.

(Sudahlah jangan menangis lagi......acewahh....xD)

Ini pandangan admin je tau, pape leh komen rojer and out ehhh…kih3…

maaf ye kalau tersinggung kat mana2, maaf tau, maaf sangat2, jom balik pada tujuan asal kita diciptakan.

Baru intro, nanti hang belajar lah apa itu taubat….tapi kalau admin buat gak, In Shaa Allah la ade masa, ada kekuatan, buah fikiran skali…yang meh start langkah pertama kita ni…ajummm….

Apa lagi Chiayok la…..

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bekerja di KFC Lebih Kurang 4 Bulan

MANUSIA (JALUR SI ADAM DAN HAWA)

Harapan