Suasana Umat Akhir Zaman Kini

Assalamualaikum pembaca sekalian,


Untuk posting kali pertama, marilah kita berfikir sejenak tentang budaya yang kebanyakannya jika tidak dikawal boleh mendatangkan mudarat untuk kita dan generasi seterusnya.

Islam dah bagi penyelesaian bagi seluruh umat manusia. Tapi kan macam mana nak implikasi pada dunia sekarang. Tak perlu pening kepala sebab yang penting terutamanya setiap orang itu sendiri, Siapa???, "ORANG ISLAM ITU SENDIRI" kena balik pada agama. Sikit-sikit pun takpe walaupun mula dari diri sendiri yang penting ada penambahbaikan, peningkatan dan istiqamah. Islam itu sudah beri jalan penyelesaian secara tuntas, tinggal kita je kena hayati betul-betul dan minta Allah beri hidayah dan taufiq untuk kita laksanakannya :)

1. Pergaulan Bebas.

Memang tak disangkal komunikasi antara lelaki dan perempuan adalah tak dilarang, namun kena ikut panduan sebaik-baiknya. Bukan semata-mata "eleh tak payah nak akward sangat la". No...No...No... ia bukan pasal akward ke tak. Cukup cakap yang perlu dengan akhlak yang terbaik semasa berbicara. Sebenarnya nak jaga kita punya nafsu baik dari pihak lelaki mahupun perempuan. Bila pergaulan tu bebas sangat, kita boleh tengok kesannya zaman sekarang kan...memang tak sangkal ni dah akhir zaman, buat la macam mana pun tapi ingat Allah pandang hati dan amal kita, niat betul cara pun kena betul, balasan diberi atas dasar usaha bukan hasil. Hasil tu satu rahmat dari Allah S.W.T untuk kita. Trend couple, jalan berdua-dua, lepak berdua-dua dan lain-lain. Admin seru hati yang ada iman dan nak berubah, berubahlah kerana Allah, bergantung harap hanya pada-Nya, In Shaa Allah pasti kau takkan kecewa. 


2. Fesyen yang APAKAH!!!!!

Tujuannya pakaian satu je, nak tutup aurat. Tanda ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Dapat kawal mata dengan rendahkan mata. Memang lumrah mata suka akan keindahan tapi keindahan yang didasari dengan taqwa akan mudah mata menjaganya. Nak tenung lama-lama pun malu(lelaki la terutamanya...admin pun) akan hadir rasa hormat antara satu sama lain. sebab dua-dua faham redha Allah yang dituntut bukan manusia. Jadi soft reminder kepada pereka fesyen terutama Islam, dasarilah dengan taqwa dalam rekaan pakaian itu. In Shaa Allah, rezeki tu dah ada, jika ia untuk anda ia takkan lari. Bahkan, kalau untung kau lambat sebab buat jual pakaian taqwa, sebenarnya kau dah tuai pahala pada niat kau yang berterusan dan juga pada pembeli yang pakai pakaian itu. Gembira tak :). Kesian orang kita sekarang ni, lagi yang umat Islam, hmmm.....jom sama-sama cari jati diri Islam kita. Hidup untuk bawa bekal hanya sekali, hidup satu lagi untuk nikmati hasil.



Ehhh....nanti dulu sentap lah ayat-ayat dia nih....


Haa....kita lah hamba Allah S.W.T, apa-apa peringatan atau nasihat anggaplah ia peringatan dari Ilahi.
Admin tak kata admin baik sangat, persoalannya sampai bila kejahatan bermaharajalela, kebatilan meluas terutamanya dari dalam diri sendiri. Kan...fikir baik-baik macam mana generasi kita akan datang. Kita sediakan perkara-perkara yang baik untuk mereka, kalau mereka pilih buruk jugak, tanggungjawab kita dah lepas. Kita cuma perlu sampaikan, hidayah milik Allah S.W.T, titik......itu yang pasti...jangan fikir dan susah fikir benda yang diluar kawalan kita kan....


Ok, sambung semula...


3. Anak-anak dajjal dalam rumah.

Uih...kasarnya...rilek cuma perumpamaan. televisyen, smartphone dan lain-lain. Benda ni ok je, asal benda yang kita tengok tak haram, tak melalaikan, tak pecah keharmonian rumah. Tapi balik kepada realiti, macam mana?. Jadi macam mana nak bendung nih... Haaaa.. In Shaa Alllah, salah satu caranya kita tingkatkan amalan agama dalam diri kita dan rumah. Jadi takde lah nak habiskan masa dengan perkara-perkara tak berfaedah(In Shaa Allah, admin sedang cuba jgak xD). moga-moga dengan amalan macam tu, lagi-lagi berterusan nanti hati kita yang rasa manis dalan menjakankan agama baik yang wajib mahupun sunat. Admin kalau kita yang jenis kureng ni macam mana???. Variasikan amalan yang baik-baik ikut syariat, minta Allah pimpin, perhati dari semasa ke semasa, semakin baik atau tidak pada kesannya. Kalau semakin kureng jugak, cuba cari kat mana silapnya dan ikhtiar betulkan secepat mungkin. Dalam amalan agama takde apa yang silap, cara kita je kadang tak ikut syariat, tu yang tak sampai objektif kan....In Shaa Allah, sama-sama usaha.


           Lagi ape ek????Adehhhh

4. Sebenarnya kesian kaum hawa la...

Sebab apa, dalam sebahagian diri manusia ada penyakit hati, tak semua ada, Banyak ke sikit ke, itu ujian. Kita tengok artis barat je lah(sebagai contoh walaupun kadang-kadang contoh tu di mana-mana, MAAF  SANGAT), akidah mereka tak kukuh, jadi mereka hidup berdasarkan logik akal semata, dan kesian nauzubillah sehinggakan maksud malu tu dah takde. Kesian Perempuan dieksplotasi dalam iklan dengan pemakaian yang tak seberapa.....tak nak panen dosa dari situ kan. Yang dah terbuat bertaubatlah, tutuplah aurat kalian dengan sempurna. Ingat iklan tu akan berulang-ulang kali ditayang, berapa yang melihat amacam???, MOGA Allah Mengampuni. Aaamiin....makbullah...kesan jangka pendek atau panjang, mata lelaki ni terutamanya(admin pun lelaki, peringatan jugak untuk admin ye...), nanti susah nak rendahkan pandangan. Tak nak la kes rogol ke, buang anak ke, anak luar nikah ke dan lain-lain, tolong sangat-sangat, TAK NAK.



Sebagai kesimpulan, admin tak nak berat sebelah. lelaki atau wanita dua-dua ada peranan, berbeza cara Allah S.W.T iktirf pada khususnya. Dua-dua kena jaga. Jom latih taqwa dalam diri. Fahami apa itu sifat malu dalam Islam yang sebenarnya. In Shaa Allah, dua-dua jadi benteng kita AAmin...


Pesan admin...

Nak masuk syurga jangan la sorang-sorang, latih-latih la ingat orang lain baik yang Islam mahupun yang belum dapat hidayah dalam doa.Ambil iktibar daripada kisah para Nabi Alaihissalam, kaum-kaum terdahulu dan para sahabat dan para sahabiah ye.

Moga bermanfaat, admin minta maaf kalau terkasar bahasa. Tapi In Shaa Allah, admin tak nak kecam, lebih baik kita sama-sama melakukan perbaikan. Kan...

Bye...In Shaa Allah jumpa di posting lain akan datang.....KEEP SMILING!!!!


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bekerja di KFC Lebih Kurang 4 Bulan

MANUSIA (JALUR SI ADAM DAN HAWA)

Harapan