Pasakkan Dirimu Bukan Sekadar Luaranmu Sahaja

Bismillahhirrahmanirrahim....

Hai pembaca sekalian,

Biasa tak kita dengar lebih kurang gini, kalau seorang itu betul-betul bawa jati diri Islam, campaklah dia di mana pun pasti boleh meneruskan hidup. Sekadar imbasan sejarah kita, dulu Islam datang berdakwah dan sambil itu berdagang. Para pedagang lain suka dengan akhlak orang Islam walaupun berbeza kaum atau bahasa kan.

Jadi apa yang admin cuba nak sampaikan ni???

Jadi gini,

Penting untuk kita belajar-belajar untuk buat sesuatu bermula dengan diri kita dulu. Maksud admin, adakala kita tak akan ada orang lain di sekeliling tapi tak bermakna kita tak boleh bergerak untuk buat sesuatu kan. Memang betul dalam Islam, kita lebih baik berada dalam berjemaah. Tapi pada pandangan admin yang serba kurang ni, adalah penting untuk kita sesuaikan dengan sesuatu keadaan atau situasi. Senang cerita, walau kau seorang pada sesuatu masa, tapi tak tak bermakna takde sesuatu pun yang boleh di buat(Pss..admin takde nak ajak buat jahat eh, tolong sikit, buat la baik banyak-banyak). Takpe kalau perlahan pun, asal ada benda yang kita buat dan kita dapat lihat "progress" ye.

Kemudian, kalau rasa-rasa jati diri tu cam ok je, tak bermakna "kita sempurna". Tetaplah terima pandangan orang lain sekadarnya. Ingat senang ke nak rasa bersederhana dan rasa rendah diri. Bila di atas takut terbang hidung tinggi, bila rasa macam "down" pulak, habis tunduk terus. Jadi nak kena kawal setiap masa kan(moga kita diberi taufikdan hidayah untuk terus rasa rendah hati ye).


Hidup tak bererti mudah, kadang kemanisan selepas berusaha lebih terasa nikmatnya. Jadi, jom terus berusaha....Aamiiin..


Ok, Bye luh kot

Semoga jumpa lagi...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bekerja di KFC Lebih Kurang 4 Bulan

MANUSIA (JALUR SI ADAM DAN HAWA)

Harapan