Posts

Showing posts from March, 2019

Pentingnya Berfikir Dahulu Sebelum Berbicara

Bismillahirahmanirrahim, Jeng.....Jeng.....Jeng..... Pernah terfikir tak dampak jika kita kurang menitikberatkan hal ni dalam kehidupan kita??? Mudah, memang dalam aktiviti seharian kita, berkomunikasi melalui percakapan adalah perkara yang tidak asing lagi. Seperti mana yang kita tahu, lidah boleh jadi benda yang paling tajam berbanding pisau. Kekadang, apa yang pedih di dalam lebih sukar dirawat berbanding pedih yang di luar.       Betul tak??? Sebab itu penting bagi semua pihak untuk lebih berhati-hati dalam berkata-kata terutamanya hal yang berkaitan perasaan, baik bagi sesorang yang khusus atau masyarakat majmuk secara umum. Ya, memang kesempurnaan bukan milik kita namun, In Shaa Allah tahap kesedaran yang tinggi mampu membuahkan sebuah komunikasi yang lebih proaktif. Baik kita pemimpin, pengarah, pekerja biasa semuanya tak terlepas daripada hal ini. Ucaplah sesuatu dengan pertimbangan akal dan kebenaran bukannya sekadar luahan yang tak rasional. Dan...

Pasakkan Dirimu Bukan Sekadar Luaranmu Sahaja

Bismillahhirrahmanirrahim.... Hai pembaca sekalian, Biasa tak kita dengar lebih kurang gini, kalau seorang itu betul-betul bawa jati diri Islam, campaklah dia di mana pun pasti boleh meneruskan hidup. Sekadar imbasan sejarah kita, dulu Islam datang berdakwah dan sambil itu berdagang. Para pedagang lain suka dengan akhlak orang Islam walaupun berbeza kaum atau bahasa kan. Jadi apa yang admin cuba nak sampaikan ni??? Jadi gini, Penting untuk kita belajar-belajar untuk buat sesuatu bermula dengan diri kita dulu. Maksud admin, adakala kita tak akan ada orang lain di sekeliling tapi tak bermakna kita tak boleh bergerak untuk buat sesuatu kan. Memang betul dalam Islam, kita lebih baik berada dalam berjemaah. Tapi pada pandangan admin yang serba kurang ni, adalah penting untuk kita sesuaikan dengan sesuatu keadaan atau situasi. Senang cerita, walau kau seorang pada sesuatu masa, tapi tak tak bermakna takde sesuatu pun yang boleh di buat(Pss..admin takde nak ajak buat jahat eh, tolon...

Mencari Sandaran Hakiki Menelusuri Hidup Ini

Bismillahirahmanirrahim... Hmmm....mesti seronok kan kalau ada tempat kita nak bersandar kan??? Jadi kita tak perlu rasa risau, rasa tenang je sebab kita sandar pada tempat yang betul. Kenapa ye kita rasa senang bila ada tempat untuk bersandar ek??? Bagi admin, walau teguh mana pun diri kita, pasti kita ada masa kita rasa jatuh rasa kurang je kan. Sebab memang dah sifat manusia suka berharap atau hendak mempunyai sandaran. Tapi admin, kenapa ye nak cerita pasal bab ni pulak ye???                    Takde apa pun sebenarnya, tapi bagi admin kita perlu pastikan betul tak pada dasar hati kita,                    kepada siapa kita sandarkan. Terus kepada poin, sandarkanlah diri kita kepada Allah S.W.T sepenuhnya(admin pun In Shaa Allah cuba ). Sebab Dia yang Maha Sempurna dan lebih berhak untuk kita ...

Antara KEPERLUAN dan KEMAHUAN ft KETETAPAN a.k.a. Takdir

Bismillihirahmanirrahim.... ****** Isu Biasa ****** Hai Pembaca Sekalian.... Menjadi lumrah biasa kita sebagai manusia, pasti ada banyak perkara yang berkait rapat dengan keperluan dan kemahuan.           Persoalannya???                Sudahkah kita mengenal pasti apakah ia??? Kadang-kadang biasalah kita akan memilih untuk mengikut keinginan kita, yang pasti elakkanlah daripada merugikan diri sendiri di kemudian masa. Jadi, admin mudahkan cerita mengikut apa yang admin faham,        Jom kasi terjah: Keperluan: Senang cerita ia adalah benda asas yang kita perlu untuk kelangsungan kehidupan kita. Bila benda ni tidak ada, potensi untuk hidup sangat kurang. Ini admin cakap yang berkaitan luaran atau dari segi fizikal sahaja ya. Kehendak: Benda ni kalau tidak ada sekalipun masih boleh hidup. Tetapi kehendak yang rasional sedikit sebanyak boleh bantu untuk kemudahan dan keseles...

Ketukan Pintu Hidayah a.k.a Ke Arah Redha Ilahi feat Jom Masuk Syurga

Bismillahirrahmanirrahim.... Dengan rendah diri admin minta maaf dulu sebab niat admin cuma nak ketuk pintu hati bagi sesiapa yang membaca dengan ketukan yang bukan berasaskan kecaman, fitnah mahupun berbaur benci. Terpulang orang nak kata apa, cuma isu ini admin bangkitkan supaya kita sama-sama menambahbaik diri kita untuk tujuan akhirat kita...ok :)     Fuhh.....risau nak tulis nih....moga bahasa baik sahaja keluar. Aamiiinn.... *Sebagai peringatan ini cuma dari segi pandangan admin*    Jom kasi terjah...   Sebelum tu, admin saja buat tajuk panjang, siapa jumpa, sesungguhnya ketetapan dari Allah lebih baik,   semoga bermanfaat. Seni Lakonan Saja admin terus terang kat sini... Mula-mula berlakon tak salah bagi admin cuma batas perlu  dijaga terutamanya batasan Islam. Memang kadang benda manis sedap di pandang cuma paling penting biar ia halal. Persoalan kini, kita balik kepada nilai-nilai murni yang diterapkan dalam sesebuah ceri...

Back to basic

Hehehehe.....admin takde tajuk lain ke??? Hmmm....tu lah macam ye jugak lah....hihihi... Takpelah....kita layannn.... Umumnya "Back To Basic"....hah.. Ok...biasanya lah kan setakat yang admin tau, biasa kita ambil ayat ni...terutamanya bila kita terhenti pada satu keadaan atau peristiwa sehingga kita macam hilang arah sikit camtu, kemudian kita tetapkan untuk mula balik dari awal, macam mula nafas baru dari zero, mindset tu macam di reset gitu dan diambil nilai-nilai positif diambil daripada pengalaman secara umum untuk mula semula. Bagi admin "back to basic"  sesuai diaplikasikan kepada kebanyakan hal. Kadang-kadang, untuk kita elak sesuatu bertambah buruk ketika menguruskan sesuatu, kita akan kata ambil jalan selamat "back to basic". Konsep ni sedikit sebanyak boleh bantu kita dalam membuat sesuatu pertimbangan.atau keputusan. Malah, admin rasa banyak permasalahan dapat dibendung melalui kaedah ini kerana kadang-kadang melibatkan banyak pihak ...

Hak Manusiawi VS Kemanusiaan VS Kemanusiaan Hakiki

Bismillahirrahmanirrahim...... Di sinilah maksud kemanusiaan semakin di salah erti...... Salah erti macam mana admin??? Hmmm....macam ni ye.... Ok, diperingatkan ya, admin bagi penerangan berdasarkan kefahaman admin tau....tak setuju ke ape ke, boleh komen, admin ok, mari kita berfikir sama-sama :).  Pada kebiasaannya, banyak falsafah-falsafah yang terlahir(bukan ahli falsafah tau) adalah hasil daripada prose pemikiran dan pemerhatian seseorang. Baik ia benar atau tidak, bergantung kepada tahap pemikiran kebanyakan manusia ketika itu. Persoalannya kat sini, dimanakah rujukan asalnya lagi-lagi rujukan yang asli dan soheh. Admin suka petik contoh yang admin pernah terdengar atau terbaca, di mana setiap produk yang dikeluarkan pasti ada buku manualnya sekali. Persoalannya, kita sebagai manusia bahkan khalifah di muka bumi ini, paling sempurna penciptaannya, takde ke yang macam buku manual ni???. Kita ada Al-Quran dan Al-Sunnah....kan... Selagimana sandaran kita adalah d...

Mencari Erti Kebenaran Hakiki

Assalamualaikum, fuhh ni tajuk berat ni???      Habis tu kenapa admin nak tulis jugak? Haaa....sebab sesuatu yang telah dipimpin kebenaran adalah perlu untuk membawa kebenaran kepada yang lain dengan alasan "sampaikan" :) Moga admin menjadi lebih terpimpin dan begitu juga kepada pembaca sekalian....        BACK TO BASIC Untuk mengisi sesuatu, perlulah sesuai pada bekasnya.Maksudnya??? Admin nak ajak pembaca, contoh jika air yang ingin dituang maka tempat yang paling sesuai ialah cawan betul. Jadi kita mula-mula, anggap diri kita kosong dulu rasa takde apa-apa kemudian rendahkan hati untuk menuntut sebuah keinginan dalam pencarian. Kedua, kena betulkan diri untuk lebih terbuka takut-takut bila sesuatu kebenaran itu datang pada kita, kita pulak spontan tolak mentah-mentah. Jangan...Jangan......Kau Terburu-buru......ehhh nyanyi plak admin nih...hehehe. Ketiga, "always seek guidance from the right sources" apa???, yes right sou...

PERSEPSI

Hmmm....apa tu???? Hangat tak isu nih?. Pada pandangan admin, banyak rasanya situasi-situasi yang berkaitan dengan ini..... Ok, jom tenggelam jap xD       Sebelum tu, kita intro dulu eh tapi dari pandangan admin lah ye...kui...kui... Persepsi ni macam cara kita pandang seseorang, sesuatu keadaan , peristiwa dan lain-lain. Jom...masuk poin-poinnya.... 1. Adat atau kebiasaan umum. Bagi admin, adat atau kebiasaan ni wujud untuk kekalkan nilai-nilai murni dalam sesebuah bangsa atau suku kaum. Contoh macam kita orang Melayu, banyak kebiasaan diambil daripada nilai-nilai Islam. Masalahnya kini, apabila sesetengah adat tu kita anggap wajib dan kalau tak buat jadi salah. Kan....banyak isu macam ni. Salah satunya macam isu kahwin(senang bagi contoh), isu hantarn tinggi lah, inai, pelamin. Kan senang kalau ikut apa yang Islam ajar. Tapi nanti kata admin kedekut la, bukan macam tu. Ok...macam ni, cuma nak elak pembaziran berlebihan, beban hutang di hari kem...

Pentingnya Kawalan Diri

Admin....maksud admin apa ek??? Hehe...kawalan diri bagi admin ialah reaksi kita apabila berdepan dengan sesebuah situasi, lebih-lebih lagi pada situasi yang agak tegang. Kenapa admin tekankan situsai ini ye??? Pertama, kita tekankan kepada kesannya iaitu bila kurangnya perhatian terhadap masalah ini. Secara ringkas, berikut ini contohnya: 1. Situasi penceraian, sama ada menjurus kepada sebab penceraian. Saling memahami, tolak ansur, perbaiki kekurangan setakat yang mampu. Paling tinggi penerimaan kekurangan antara satu sama lain terutamanya selepas penambahbaikan antara satu sama lain, manusia tak sempurna bukan. Fahamkan maksud admin???. Seterusnya, kemampuan menyelesaikan masalah hingga mengakibatkan penceraian. Ada kan kisah, terlepas talak masa marah...takpe kalau tak boleh selesai baik-baik dan risau terjadi penceraian, tangguhkanlah dulu, balik kepada penyelesaian dengan pendekatan Islam, Islam ajar macam mana, dua-dua pihak kena tunduk pada agama sebab kita hamba All...

Suasana Umat Akhir Zaman Kini

Assalamualaikum pembaca sekalian, Untuk posting kali pertama, marilah kita berfikir sejenak tentang budaya yang kebanyakannya jika tidak dikawal boleh mendatangkan mudarat untuk kita dan generasi seterusnya. Islam dah bagi penyelesaian bagi seluruh umat manusia. Tapi kan macam mana nak implikasi pada dunia sekarang. Tak perlu pening kepala sebab yang penting terutamanya setiap orang itu sendiri, Siapa???, "ORANG ISLAM ITU SENDIRI" kena balik pada agama. Sikit-sikit pun takpe walaupun mula dari diri sendiri yang penting ada penambahbaikan, peningkatan dan istiqamah. Islam itu sudah beri jalan penyelesaian secara tuntas, tinggal kita je kena hayati betul-betul dan minta Allah beri hidayah dan taufiq untuk kita laksanakannya :) 1. Pergaulan Bebas. Memang tak disangkal komunikasi antara lelaki dan perempuan adalah tak dilarang, namun kena ikut panduan sebaik-baiknya. Bukan semata-mata "eleh tak payah nak akward sangat la". No...No...No... ia bukan pasal akward ...