Pengajaran Isu Palestin | Part 2
Bismillahirahmanirrahim.... Ok, untuk entri kali ini bagi saya adalah bersifat individu. Maksudnya adalah iktibar yang boleh kita pelajari daripada suasana pergelutan di Palestin. Poin yang pertama : Beza cara hidup. Pernah terfikir tak, sudah sekian lama isu Palestin ini berlaku bahkan sampai memakan tahun isu ini tidak selesai. Mengapa??? Pernah bayangkan tak macam mana diorang ada mindset untuk pertahankan Negara serta masjid Al-Aqsa. Agak-agak kalau kita la kan, kau dah tau pihak zionis takkan berhenti sampailah Al-Aqsa jatuh ketangan mereka. Agak-agak kalau kita lahirkan anak-anak di sana bagaimana pemikiran kita di sana. Dengan suasana yang dhaif, masa depan anak-anak yang seolah-olah gelap kerana kematian boleh berlaku dimana-mana sahaja. Bayangkan kalau rakyat Palestin berfikiran seperti ini, sudah pasti Negara Palestin sudah tertakluk dan populasi rakyatnya semakin berkurang. Namun, bagaimana tahap semangat untuk pertahankan negara dan agama serta tahap kebergantungan dan...