HAKIKAT SEORANG MANUSIA ITU ADALAH SEBATAS HAMBA ILAHI
Assalamualikum, setelah sekian lama tak update... Baiklah, entry untuk kali ini adalah khusus untuk kita In Shaa Allah lebih ' mengenali ' diri sendiri. Entry kali ini sekadar pandangan saya semata dan pasti banyak kekurangan. Maka sama-sama perbetulkan yang silap. Kadang-kadang kan, kita selalu lupa untuk libatkan Allah SWT dalam membuat sebuah keputusan dalam kehidupan kita, baik dalam perkara kecil atau besar. So, admin apa kaitannya ye??? Tanpa kita sedari, bila kita rasa kita macam dah buat keputusan yang paling terbaik tapi end up tak berjalan dengan baik mulalah kita salahkan keadaan, merungut, resah dan lain2. Kemudian, bila terhantuk barulah mencari-cari Allah SWT (yang sedihnya itupun kalau ingat). Sepatutnya, kita sebagai seorang HAMBA itu perlulah sedaya upaya kita untuk membabitkan Allah SWT dalam kehidupan sehari-hari. Ini kerana apa yang berlaku sangatlah berkait rapat dengan takdir qada ' dan qadar Allah SWT untuk kehidupan kita. Sebagai seorang HAMBA a...